Tuesday, 22 February 2011

MEMBAHARUKAN...

Salam perkenalan dan ucapan selamat datang kepada "BLOG" aku yang baharu. Blog lama terpaksa la dilupakan sebab dah terlupa 'password' dan 'username' lama sangat aku tak aktif jadi begitulah akibatnya. Macam-macam cara dah aku buat nak ingat semula semua tu siap jumpa bomoh, jumpa tok kadi, jumpa ketua kampung, jumpa kerani bank dll semua tak berhasil, jadi dengan jalan yang sesingkat-singkatnya aku ambil sebab dah tak sabar nak aktif balik jadi dengan bangga dan terharunya aku bukak la "BLOG" baharu. huhuhuhu.. HOLAAAAAA!!!

 Pssttt : Nak memulakan sesuatu mestilah dimulakan dengan "BISMILLAHIROHMANIROHIM"..

BAKAL BERHADAPAN DENGAN SUASANA BARU...

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah S.W.T. Aku bersyukur sangat-sangat, akhirnya dapat juga aku kerja tetap yang boleh menjamin masa hadapan aku, dah tentu orang yang paling 'happy' bila dengar berita ni adalah mak dan ayah aku. Ingat lagi masa aku bagi tahu mak hehehe.. mak dengan bersungguh-sungguh mencium pipi aku. 'happy' sangat dia bila aku dapat kerja tu iyelakan setelah sekian lama aku mencuba baru sekarang aku dapat. Sekarang ni aku cuma menunggu surat je lagi. Duduk bawah kementerian mana kena 'posting' dekat mana pun aku tak tahu lagi. Harap-harap jangan la jauh sangat, dulu masa 'interview' bila penemuduga tanya.

"kalau awak berjaya dan akan dihantar ke mana-mana pun awak sanggup tak walaupun ke Sabah dan Sarawak?" jawapan aku. "Sanggup!" hehehe.. ala.. biasa la bukan aku je yang akan bagi jawapan macam tu. ngeh3~~.:p.

Tapi aku memang dah tak kisah ke mana pun aku kena pergi selepas ni aku terima je. Apa yang penting aku dah dapat kerja yang terjamin bukan senang nak dapat peluang dan rezeki yang macam ni kan. BERSYUKUR JE LA. Macam mana la yek suasana di tempat baru nanti. Harap-harap semuanya okey!!^_^..
Pssttt : Aishhh!! lambatnya sampai surat tu ye. Buat aku rasa 'suspen' je. huhuhu..