sudah ku beri
hati yang ada ini
tiada tinggal lagi
walaupun seinci
ruangan dihatiku...
sejenak detik
hanya kau yang ku cari
tiada pengertian
ketika berjalan
di mana ku nantikan
kedamaian...
hati yang ada ini
tiada tinggal lagi
walaupun seinci
ruangan dihatiku...
sejenak detik
hanya kau yang ku cari
tiada pengertian
ketika berjalan
di mana ku nantikan
kedamaian...
ooo... mestilah...
aku yang merindumu
kerana hatiku telah terusik
mestilah...
aku yang memerlukan
sentuhan cinta rindu
kepadamu
berikan ianya sentiasa
padaku yang haus dahaga
berikan padaku cahayamu
agar terang dunia hidupku
selama ini tiada yang peduli
mahu rasanya hidup bersendiri lagi
semakin dekat semakin aku tahu...
aku yang merindumu
kerana hatiku telah terusik
mestilah...
aku yang memerlukan
sentuhan cinta rindu
kepadamu
berikan ianya sentiasa
padaku yang haus dahaga
berikan padaku cahayamu
agar terang dunia hidupku
selama ini tiada yang peduli
mahu rasanya hidup bersendiri lagi
semakin dekat semakin aku tahu...
Lagu yang membuat aku rasa rindu kembali mengetuk pintu hati (cewahhhhhhh..ngeh3..:p). Bila aku mendengar lagu ni hati aku rasa sebak. Rasa macam hati aku nak menangis. Lagu ni membuat minda aku terkenangkan peristiwa lalu yang pernah berlaku dalam hidup aku. Peristiwa yang cukup perit untuk aku lupakan, cukup terkesan dalam hati aku. Sampai sekarang aku masih lagi terasa dan adakala aku rasa ia akan kekal begitu sampai lah aku meninggalkan dunia ni. Lagu ni diberi tajuk "Sentuhan Rindumu" yang dipopularkan oleh kumpulan "Pearl".
Ini sedikit tentang kumpulan Pearl yang dapat aku cari hehehe.. Lagu "Sentuhan Rindumu" ini terkandung di dalam album ketiga kumpulan Pearl iaitu Album "Masih Ada Cinta" tahun 2005. Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Amir (Vokal), Rudy (Gitar), Rashid (Bass) dan Rodney (Drum). Antara lagu-lagu lain yang popular ialah "Aku Tak Bersalah" dari album pertama kumpulan ini "Sentuhan Mutiara" tahun 1996 dan antara maklumat lain yang aku dapat vokalis kumpulan ini iaitu Amir adalah sepupu kepada "Rock Lagend" kita Amy Search (patut la aku dengar suara dia ada ala-ala macam Amy Search). Tapi lagu "Sentuhan Rindumu" tu memang sedap entah berapa kali aku asyik ulang dengar lagu tu sebak woooooo... (Hanya aku dan Allah sahaja tahu ape yang dirasai dan tersirat dalam hati ni).
Pssttt : Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi...